INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Mati kerana ikut pujukan misteri

Wednesday, April 22, 2009

 

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN


HASLIZA menunjukkan telaga yang meragut nyawa abangnya di Kampung Bukit Merah, Padang Besar semalam.

PADANG BESAR - "Pak long dengar sudah dua kali orang di bawah (telaga) itu pujuk turun.

"Pak long kena turun juga."

Demikian kata-kata terakhir Aminzul Che Mohamad, 39, kepada anak saudaranya, Shafiq Haslizam (gambar kecil), 14, dari Kampung Bukit Merah di sini sebelum terjun ke dalam telaga itu.

Aminzul mati lemas dalam kejadian tersebut.

Cerita pelajar tingkatan dua itu, sebelum kejadian pada pukul 10 pagi semalam, bapa saudaranya yang mempunyai masalah mental dan tinggal kira-kira 300 meter dari rumahnya datang ke telaga itu minta dimandikan.

Shafiq memberitahu, kebiasaan ibunya, Hasliza Ahmad, 34, yang memandikan Aminzul tetapi kerana kebetulan semalam dia tidak ke sekolah, dia mengambil alih tugas itu.

"Baru satu baldi saya jirus air ke badan pak long, tiba-tiba pak long bangun dan berjalan ke arah telaga dan beritahu dia kena turun ke bawah kerana sudah dua kali orang suruh turun," katanya.

Shafiq yang terkejut dengan tindakan pak long terus memeluknya tetapi pelukannya ditolak sehingga terlepas.

Kata Shafiq, dia sekali lagi memeluk badan Aminzul yang ketika itu sebelah kakinya telah masuk ke dalam telaga.

"Pak long sekali lagi menolak pelukan saya menyebabkan dia terjatuh ke dalam telaga," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia yang kelam-kabut berlari ke rumah jiran dan meminta pertolongan menyelamatkan bapa saudaranya.

Bagaimanapun, ujar pelajar itu, sebaik jiran sampai, Aminzul sudah terapung di permukaan telaga itu.

Kosmo!

23 April 2009

0 comments: