INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bukti makam Cleopatra ditemui di Mesir

Monday, April 20, 2009

 

GAMBAR menunjukkan duit syiling yang mempunyai potret Cleopatra.

Zahi memegang patung kepala Cleopatra (kanan) dan topeng Mark Anthony di barat Alexandria, Mesir.

BURG EL-ARAB, Mesir - Pakar arkeologi kanan Mesir, Zahi Hawass semalam mempamerkan 22 keping duit syiling, sebuah kepala patung dan serpihan sebuah topeng dengan dagu lekuk sebagai bahan bukti bahawa makam pasangan yang memerintah Mesir kuno, Mark Antony dan Cleopatra berjaya ditemui.

Beliau mendedahkan harta bersejarah itu kepada sekumpulan wartawan ketika melawat sebuah rumah ibadat berusia 2,000 tahun di sini di mana artifak tersebut ditemui.

Beliau percaya kawasan berhampiran Laut Mediterranean itu menyimpan makam pasangan kekasih tersebut yang sejak sekian lama menjadi misteri.

"Pada pendapat saya, makam ini merupakan antara penemuan terpenting abad ke-21 kerana percintaan antara Cleopatra dan Mark Antony selain kisah sedih kematian mereka," katanya.

"Jika anda melihat wajah Mark Anthony, ramai percaya dia memiliki lekuk pada dagunya seperti kelihatan pada topeng ini dan berdasarkan sebab itu, saya percaya makam ini makam Mark Anthony," tambahnya.

Mark Anthony yang merupakan seorang jeneral tentera empayar Rom dan kekasihnya, Cleopatra iaitu Ratu Mesir, mencabar Kaisar Augustus untuk memerintah empayar berkenaan.

Bagaimanapun, pasangan kekasih itu membunuh diri setelah bala tentera mereka tewas untuk mengelakkan daripada menjadi tawanan tentera Rom. - AP

Kosmo!

20 April 2009

0 comments: