INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Rasulullah SAW membelah bulan bukan mitos

Tuesday, October 30, 2012

 

Sebagai seorang Muslim pastinya kita mendengar tentang salah satu mukjizat Rasulullah SAW iaitu membelah bulan sebagai bukti kerasulan Baginda.

Peristiwa Rasulullah SAW membelah bulan ini turut terkandung di dalam al-Quran iaitu di dalam surah al-Qamar ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:

"Sungguh, telah dekat hari kiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling sambil berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus berlaku", dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka."

Perisitiwa ini juga turut disebut di dalam hadis antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud R.A. yang bermaksud:

“Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bersabda : Saksikanlah oleh kalian.” (Shahih Muslim No. 5010)

Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Anas R.A. turut menyebut tentang persitiwa yang sama. Hadis tersebut bermaksud:

“Penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah SAW untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah SAW memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali.” (Shahih Muslim No. 5013)

Perisitiwa Rasulullah SAW membelah bulan berlaku apabila kaum Musyrikin telah meminta Rasulullah menunjukkan sesuatu sebagai bukti tentang kerasulan Baginda dan apabila Rasulullah SAW bertanya apakah yang mereka mahu Baginda lakukan, mereka menyuruh Rasulullah SAW membelah bulan di mana pada fikiran mereka itu adalah sesuatu yang mustahil dapat Baginda lakukan.

Setelah memohon doa meminta bantuan daripada Allah SWT, Allah mengilhamkan (memberitahu) Rasulullah supaya menunjuk ke arah bulan dengan jari telunjuknya dan sebaik sahaja Baginda berbuat demikian maka bulan tersebut terbelah dua.

Kaum Musyrikin kemudian bertanya kepada satu rombongan yang beru memasukki Mekah sama ada mereka ada melihat sesuatu kejadian luar biasa di langit dan mereka mengakuinya bahawa mereka telah melihat bulan terbelah dua.

Meskipun tujuan Baginda membelah bulan adalah atas permintaan kaum Musyrikin sendiri namun Baginda telah dituduh sebagai seorang ahli sihir dan tetap ingkar untuk beriman kepada Allah SWT. Atas tuduhan tersebut maka Allah SWT telah menurunkan ayat 1 hingga 3 di dalam surah al-Qamar.

Namun, sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa Rasulullah SAW membelah bulan itu tidak hanya disaksikan oleh penduduk Mekah sahaja bahkan oleh mereka yang berada beribu batu jauhnya daripada tanah Arab.

Antara saksi yang pernah didokumenkan di dalam lembaran sejarah yang pernah menyaksikan fenomena bulan terbelah dua ini ialah seorang raja beragama Hindu bernama Raja Chakrawati Farmas yang merupakan Raja Malabar, memerintah di pantai selatan India.

Peristiwa Raja Chakrawati Farmas menyaksikan bulan terbelah dua telah ditulis di dalam sebuah manuskrip lama yang kini disimpan di sebuah perpustakaan di London (klik sini).

Setelah menyaksikan peristiwa menakjubkan itu beliau telah memanggil para cendiakawan dan ahli astronomi di Malabar untuk bertanyakan tentang peristiwa tersebut. Menurut salah seorang ahli cendiakawan yang berada di situ, di tanah Arab telah muncul seorang lelaki bernama Muhammad yang membawa ajaran baharu yang tidak menyembah berhala dan dewa-dewa.

Raja Chakrawati Farmas berminat untuk menemui lelaki yang bernama Muhammad itu dan telah mengutus puteranya pergi bertemu Nabi Muhammad SAW. Putera Raja Chakrawati Farmas telah pergi menemui Nabi Muhammad SAW dan memeluk Islam bagaimanapun beliau tidak sempat pulang ke Malabar kerana meninggal dunia di Yaman. Jasad putera tersebut telah disemadikan di Yaman dan kuburnya yang ditulis Raja India masih wujud sehingga ke hari ini.

Sementara Raja Chakrawati Farmas pula memeluk agama Islam pada 711 Masehi apabila rombongan daripada Arab tiba di Malabar dan disambut baik oleh Raja Chakrawati Farmas.

sumber: buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2011, Penerbit UTM Press; www.cyberistan.org/islamic/farmas.html

0 comments: