INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Sumpahan Atuk

Wednesday, March 14, 2012

 


Atuk ialah skrip dan lakon layar untuk sebuah filem Hollywood yang belum diterbitkan (kemungkinan besar tidak akan dapat difilemkan). Filem Atuk berdasarkan kepada novel The Incomparable Atuk karya Mordecai Richler yang diterbitkan pada tahun 1963.

Atuk bermaksud datuk dalam bahasa orang Eskimo Inuit yang mendiami kawasan Kanada Utara dan Artik. Atuk mengisahkan tentang seorang pemburu berbangsa Inuit yang cuba untuk menjalani kehidupan di bandar besar. Kononnya skrip filem ini telah meragut nyawa beberapa pelakon yang dikatakan berminat untuk menjadi pelakon utama di dalam filem ini seperti John Belushi, Sam Kinison, John Candy dan Chris Farley.

Beberapa pelakon yang pernah membaca skrip filem ini juga dikatakan terkena sumpahan dan mati dalam keadaan tragik seperti Michael O'Donoghue dan Phil Hartman.

John Belushi


Pelakon komedi John Belushi adalah mangsa yang pertama untuk sumpahan ini. Dia dikatakan telah membaca skrip filem Atuk dan berminat untuk memegang watak utama bagaimanapun Belushi kemudian ditemui mati akibat pengambilan dadah secara berlebihan pada tahun 1982.

Sam Kinison


Mangsa kedua pula ialah pelakon komedi Sam Kinison yang juga berminat untuk memegang watak utama pada tahun 1988. Dia sempat membuat penggambaran satu babak untuk filem ini namun kemudian dia meminta agar skripnya ditulis semula kerana tidak berpuas hati dengan skrip yang sedia ada. Tindakannya agar pihak produksi menulis semula skrip filem tersebut menyebabkan pihak produksi mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Bagaimanapun Sam Kinison kemudian terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya pada tahun 1992. Kematian Sam menyebabkan penggambaran filem yang tertangguh terus tidak dapat disiapkan.

John Candy


Penggambaran cuba dimulakan semula pada tahun 1994 dan kali ini pelakon John Candy akan memegang watak utama. Malangnya John Candy mati secara mengejut akibat serangan jantung sebaik sahaja beliau selesai membaca skrip filem Atuk. Tarikh kematian John Candy pada 4 Mac 1994 adalah sehari sebelum ulangtahun kematian ke-12 pelakon John Belushi yang merupakan pelakon pertama menerima watak utama filem Atuk.

Michael O'Donoghue


Kematian John Candy telah menimbulkan spekulasi bahawa skrip dan lakon layar filem Atuk telah disumpah dan sumpahan ini bukan hanya terkena kepada mereka yang ingin berlakon dan memegang watak utama filem ini, tetapi juga kepada sesiapa yang telah membaca skrip filem ini. Kononnya, sumpahan turut menular kepada pelakon Michael O'Donoghue yang merupakan sahabat baik John Belushi dan Sam Kinison dikatakan telah membaca skrip filem tersebut dan mati akibat pendarahan otak pada bulan November 1994, beberapa bulan selepas kematian John Candy.

Chris Farley


Kejadian kematian berulang yang sama akibat filem Atuk berlaku lagi pada Disember 1997 apabila pelakon Chris Farley yang menerima tawaran sebagai watak utama filem Atuk mati akibat pengambilan dadah secara berlebihan. Kematian Chris Farley menyamai kematian pelakon John Belushi yang merupakan pelakon kegemarannya. Enam bulan kemudian, sahabat Chris Farley iaitu pelakon Phil Hartman mati dibunuh oleh isterinya. Dikatakan Chris Farley pernah memberikan skrip filem Atuk kepada Phil Hartman dan dia telah menggalakkan Farley untuk memegang watak utama.

Phil Hartman


Satu perkara lagi yang mungkin merupakan kebetulan, pelakon John Belushi, John Candy dan Chris Farley juga pernah berminat untuk memegang watak utama di dalam sebuah lagi filem iaitu A Confederacy of Dunces pada tahun 1980-an. Seperti juga filem Atuk, filem A Confederacy of Dunces tidak pernah dapat difilemkan berikutan beberapa masalah yang timbul setiap kali penggambaran hendak dimulakan. Filem ini diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya John Kennedy Toole. John Kennedy Toole mati akibat membunuh diri pada 26 Mac 1969 dan seperti filem Atuk, filem A Confederacy of Dunces juga dikatakan telah disumpah.

sumber: wikipedia

0 comments: