INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bobby Farrell dan Rasputin

Monday, October 31, 2011

 

Bobby Farrell

Bobby Farrell ialah anggota kumpulan disko terkenal 70'an iaitu Boney M. Boney M dikenali ramai untuk lagu-lagu hit mereka seperti Daddy Cool, Sunny, Ma Baker, Rivers of Babylon dan Rasputin.

Lagu Rasputin telah menjadi hit pada tahun 1978 dan liriknya menceritakan tentang kisah Grigory Rasputin, penasihat kepada Tsar Nicholas II di Rusia pada awal abad ke-20.

Lirik lagu Rasputin menggambarkan bahawa Rasputin adalah seorang kaki perempuan dan seorang mistik.

Grigory Rasputin

Secara kebetulan Bobby Farrell meninggal dunia secara mengejut ketika berada di sebuah hotel di St. Petersburg, Russia pada 30 Disember 2010 yang juga merupakan bandar di mana Grigory Rasputin dibunuh. Meskipun tarikh kematian rasmi Bobby Farrel pada 30 Disember namun ada khabar angin yang mengatakan Bobby telah meninggal pada 29 Disember, tarikh yang sama dengan tarikh kematian Grigory Rasputin iaitu 29 Disember 1916.

sumber: wikipedia

0 comments: