INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Benarkah Atlantis wujud?

Tuesday, March 29, 2011

 

Imej pulau Santorini yang diambil menggunakan satelit, diyakini oleh ramai cendiakawan pernah menempatkan negara Atlantis.


Orang yang mula-mula bercerita tentang kewujudan Atlantis ialah Plato.

Di dalam dua dialog (artikel) tulisannya, Timaeus dan Critias, ditulis sekitar 360 S.M. ahli falsafah Athen ini menggambarkan Atlantis sebagai sebuah pulau yang maju yang terletak di antara "tiang-tiang Hercules" di mana para pengkaji sejarah berpendapat ianya merujuk kepada Selat Gibraltar (Straits of Gibraltar).

Di tengah-tengah pulau, dikelilingi oleh tiga buah parit, terdapat mahligai yang tersergam indah. Plato turut menceritakan, kerajaan Atlantis telah menakluki Mesir dan tanah-tanah lain sehingga mereka telah dihalang oleh nenek moyang rakyat Athens.

Kemudian, berlaku beberapa gempa bumi dan banjir dan di dalam satu hari sahaja negara Atlantis yang malang hilang ditelan lautan yang dalam.

Pada zaman sekarang, kejadian yang menimpa Atlantis ini tidaklah mustahil kerana kejadian tsunami yang melanda Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 dan yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 membuktikan bahawa sesebuah negara itu mampu dimusnahkan dan ditenggelamkan.

Namun begitu, kisah yang diceritakan oleh Plato ini adakah berdasarkan fakta atau rekaan beliau semata-mata? Seandainya negara bernama Atlantis itu wujud, di manakah lokasinya yang sebenar? Berbagai-bagai andaian telah dibuat. Ada yang mengandaikan ia terletak di Antartika, Andalusia, kepulauan Caribbean, Asia Tenggara (Indonesia), Laut Hitam dan Scandinavia.

Beberapa cendiakawan percaya Atlantis pernah berada di Lautan Atlantik, lautan yang dinamakan bersempena nama negara yang hilang itu. Ada juga andaian mengatakan bahawa bencana yang menimpa negara itu berpunca dari letusan gunung berapi bernama Thera di sebuah pulau yang kini dikenali sebagai Santorini yang terletak di negara Greece.

Para cendikiawan berpendapat, letusan gunung berapi Thera telah menghancurkan peradaban dan tamadun Minoan yang mendiami pulau Crete yang berhampiran dengan Santorini. Bangsa Minoan memang dikenali sebagai bangsa yang maju dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu sains, bidang kesenian dan kesusasteraan dan juga perdagangan.

sumber: wikipedia

0 comments: