INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Rasaksa tasik ditemui di England

Sunday, February 20, 2011

 


Sepasang kekasih yang sedang berkayak di Tasik Windermere, England secara tidak sengaja telah terserempak dengan rasaksa Tasik Windermere yang lebih dikenali sebagai Bownessie.

Salah seorang dari pasangan tersebut iaitu Tom Pickles telah mengambil gambar sejenis makhluk seperti seekor ular yang sedang berenang di permukaan tasik. Gambar tersebut bagaimanapun agak kurang jelas berikutan kabus yang sangat tebal.

"Ia sangat mengejutkan dan kami mendayung ke tebing serta merta. Pada mulanya saya menyangka ianya adalah seekor anjing bagaimanapun saiznya lebih besar dan ia bergerak dengan pantas, lebih kurang 10 batu sejam," Pickles yang berusia 24 tahun memberitahu The Telegraph.

"Pergerakan makhluk tersebut membuatkan tasik kelihatan sedikit bergelombang dan ia berenang dengan laju. Kulitnya seakan-akan anjing laut namun bentuknya benar-benar luarbiasa, ia tidak seperti mana-mana haiwan yang saya pernah lihat."

Apakah yang sebenarnya Tom Pickles dan pasangannya jangkakan? Tidakkah mereka tahu bahawa Tasik Windermere merupakan versi Britain untuk Loch Ness? Sejak lima tahun lalu telah terdapat lapan kes dimana pengunjung Tasik Windermere ternampak sejenis makhluk seperti ular di tasik tersebut.

Bagaimanapun, gambar yang diambil oleh Pickles merupakan bukti paling jelas yang pernah dikemukakan. Sebelum ini pada tahun 2006, seorang profesor kewartawanan bersama isterinya mendakwa telah terlihat kelibat seperti belut rasaksa sepanjang 15-20 kaki panjang.

Sejak itu, para penyelidik telah memasang sejenis alat seperti sonar di tasik tersebut sebagai usaha untuk menangkap makhluk yang digelar Bownessie ini. Setakat ini, usaha mereka masih belum mendatangkan kejayaan.

Sementara itu, seorang pakar ekologi tasik di Universiti Lancaster, Dr. Ian Winfield memberitahu akhbar The Sun, apa yang disaksikan oleh pengunjung tasik tersebut sebenarnya adalah seekor ikan keli bersaiz besar. Tetapi kesemua spekulasi ini telah menimbulkan satu persoalan: mengapakah pasangan tersebut pergi berkayak di tasik Inggeris pada pertengahan bulan Februari?


Kronologi penemuan Rasaksa Bownessie

6 Julai 2007
Para saintis mengunjungi Tasik Windermere untuk menyiasat kewujudan makhluk misteri yang berada di dalam tasik tersebut.

18 Julai 2007
Seorang pelayar telah melaporkan akan kesan gigitan haiwan seperti seekor jerung pada botnya yang berlayar di Tasik Windermere.

5 September 2009
Sekumpulan penyelidik akan mencari di seluruh Tasik Windermere akan bukti-bukti kewujudan rasaksa legenda yang dikatakan mendiami kawasan Tasik Windermere.

19 September 2009
Saksi-saksi, pakar-pakar dan ahli psikik terkenal meninjau di seluruh Tasik Windermere mencari sejenis makhluk misteri.

22 September 2009
Suatu gelombang luarbiasa dan satu penemuan munasabah memberi keyakinan akan wujudnya rasaksa misteri di Tasik Windermere.

21 Januari 2010
Satu siasatan sedang dirancang untuk mencari rasaksa legenda Windermere setelah rakaman video sebelum ini merakam 'sesuatu yang besar'.

4 Ogos 2010
Satu pasukan memburu rasaksa meninjau di seluruh Tasik Windermere mencari Bownessie.

11 September 2010
Seorang ahli psikik dan seorang pemilik hotel berharap mereka akan bertemu dengan Bownessie dalam suatu ekspedisi mencari makhluk itu.

20 Oktober 2010
Pemburu rasaksa Dean Maynard bercadang melahirkan satu single yang diinspirasikan dari pengalamannya memburu rasaksa Tasik Windermere.

17 Februari 2011
Seorang pemuda bernama Tom Pickles percaya dia mungkin telah mengambil gambar rasaksa tasik yang dikenali sebagai Bownessie.

Sumber: The Telegraph, The Westmorland Gazette

0 comments: