INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Anggota polis luarbiasa

Thursday, February 10, 2011

 

Seketul batu dipecahkan di atas kepala Mir Zhang dengan menggunakan tukul. Batu tersebut musnah sama sekali namun kepala Mir Zhang tidak mengalami kecederaan.


Seorang anggota polis berusia 48 tahun di daerah Hei Longjiang, China tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun seketul batu diletakkan dan dipecahkan di atas kepalanya menggunakan tukul besi. Lelaki bernama Mir Zhang itu telah mengamalkan teknik seni mempertahankan diri Kung-Fu lebih 20 tahun yang membuatkan dirinya kebal dari merasa sakit dan mendapat kecederaan.

Di dalam satu demonstrasi Mir Zhang telah meletakkan seketul batu di atas kepalanya dan kemudian batu itu dimusnahkan menggunakan tukul besi. Mir Zhang juga menunjukkan aksi kekuatan dirinya dengan menusuk sebilah lembing ke lehernya.

Menurut Mir Zhang, sesiapa pun boleh melakukan aksi sedemikian seandainya mendapat guru yang bagus dan rajin belajar.

Mir Zhang juga menambah lagi bahawa dia bukanlah seorang yang kejam namun dia membenci penjenayah dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan teknik yang dipelajarinya seandainya terpaksa.

Sumber: Metro UK

2 comments:

cerpelai said...

Gua baca benda ni semalam kat Kosmo!

Gambar kurang meyakinkan.. Kepala terlalu artistik untuk sesuatu yang real..

Pendapat?

zulazahari said...

Amboi...mentang2 dah mahir dgn fotografi dah boleh komen pasal gambar....gua respect lu cerp, hehe....actually komen gua benda nie tak mustahil, boleh dilakukan kalau mendapat latihan yg betul, ttg gambar tu gua tak nak komen, gua dah google untuk versi Youtube tapi tak ada, cuma gambar ini shj bukti terbaik. Insya Allah kalau gua jumpa versi video gua akan embed kan di sini.