INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Pengurus hotel rakam gambar dipercayai hantu

Friday, January 7, 2011

 

LAKE LURE, Amerika Syarikat (AS)-Terdapat satu bentuk bayangan yang dipercayai hantu telah dirakamkan menerusi kamera di Hotel Lure Inn dan Spa di sini.

Gambar tersebut dirakamkan oleh seorang pengurus hotel itu, Patrick Bryant dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan baru-baru ini.

Bryant memberitahu, dia merakamkan gambar yang pada mulanya disangka sebagai satu ukiran ais di sebuah bilik jamuan di hotel berkenaan.

"Saya tidak menggunakan lampu kilat supaya dapat melihat satu cahaya menyinari dari dalam ukiran ais itu", kata Bryant.

Namun, selepas dia menyiarkan gambar itu di internet, ramai yang bertanya mengenai lembaga menyerupai seorang budak lelaki yang muncul dalam gambarnya.

"Jelas, terdapat gambar satu lembaga yang dipercayai hantu", ujar Bryant.

"Sebelum ini pun kami kerap mendengar orang ketawa pada waktu malam", tambahnya.-Agensi.

Kosmo!

24 Disember 2010.

0 comments: