INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Hantu tanpa kepala ganggu penduduk Sulawesi Utara

Monday, October 4, 2010

 


MANADO, Indonesia - Penduduk Minahasa di Sario, Titiwungen, wilayah Sulawesi Utara gempar apabila hantu tanpa kepala mengganggu penduduk kampung itu Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hantu lelaki dikenali sebagai pok pok itu dipercayai hinggap di atas beberapa batang pokok bagi membalas dendam ekoran kematian pasangannya yang dibunuh oleh beberapa orang bomoh tempatan.

Penduduk mendakwa, hantu itu mahu mencari tangkal azimat daripada bayi atau menculik bayi yang baru lahir sehingga menyebabkan ramai ibu yang bersalin dan wanita sedang hamil berasa bimbang dengan keselamatan masing-masing.

"Saya melihat pok pok di atas pokok mangga dan kemudian terbang ke tempat lain. Tadi, pok pok muncul di atas pokok kelapa," kata seorang penduduk, Hardi Hetaria yang menyaksikan hantu itu pada malam hujung minggu lalu.

Puluhan penduduk datang melihat pok pok muncul selama 30 minit menyebabkan keadaan menjadi bising apabila orang ramai menjerit untuk mengusir hantu itu sebelum ia hilang menjelang tengah malam kelmarin. - Agensi

Kosmo!

5 Oktober 2010

0 comments: