INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Satu keluarga hobi pelik buru hantu

Sunday, September 19, 2010

 

IMEJ cahaya (dalam bulatan) yang dipercayai sebagai hantu yang dirakamkan oleh keluarga Gary di Fort Coalhouse di Tilbury baru-baru ini.


CHELMSFORD – Sebuah keluarga, lengkap dengan sebuah kamera digital sanggup memburu hantu yang kini menjadi hobi mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Keluarga tiga beranak dari Stanford-le-Hope di Essex itu yang terdiri daripada Gary Canham, isterinya, Wendy dan anak perempuan mereka berumur 16 tahun, Nikki telah merakamkan imej yang dipercayai hantu di beberapa lokasi.

Hobi memburu hantu itu bermula dua tahun lalu apabila Gary dan Wendy diundang untuk meraikan Halloween di Fort Coalhouse di Tilbury bersama pelajar kelas drama anak perempuan mereka.

“Semasa kami berada di kubu itu, saya terdengar banyak bunyi ganjil. Saya terdengar bunyi orang diheret, cakar dan ketukan manakala tangan saya menjadi sejuk tanpa diketahui puncanya,” kata Wendy.

Sejak itu, mereka telah membelanjakan kira-kira £2,000 (RM9,560) untuk memasuki kubu tersebut beberapa kali bagi mencari hantu.

Nikki mengakui bahawa rakan-rakannya menganggap hobi itu sebagai ganjil tetapi dia tidak sabar-sabar untuk mencari bangunan berhantu lain apabila umurnya mencecah 18 tahun.

“Saya suka memburu hantu seperti di Mahkamah Hampton. Saya mahu mencari lokasi yang paling berhantu dan bermalam di situ,” kata Nikki.

Keluarga itu telah merakamkan beberapa imej seperti cahaya yang berlegar-legar dekat kepala mereka semasa memburu hantu di Fort Coalhouse.

Fort Coalhouse siap dibina pada 1874 untuk dijadikan kubu pertahanan United Kingdom. – Agensi

Kosmo!

14 September 2010

0 comments: