INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Misteri pawagam tayang filem hantu terbakar

Sunday, September 5, 2010

 

GAMBAR menunjukkan kebakaran yang berlaku di sebuah pawagam yang menayangkan filem seram, The Last Exorcism, Tulsa pada Jumaat lalu.


TULSA - Sebuah pawagam pandu lalu di bandar Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) yang sedang menayangkan filem seram, The Last Exorcism terbakar pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tidak ada seorang pun yang cedera dalam kebakaran tersebut tetapi pihak berkuasa masih bingung mengenai punca yang menyebabkan kebakaran itu.

Seorang pegawai Jabatan Bomba Tulsa, Bill French berkata, para penyiasat masih tidak dapat memastikan punca kebakaran tetapi dia tidak menolak ia sengaja dibakar.

Menurutnya, pawagam itu dibuka pada 1951 dan pendawaian elektrik yang lama mungkin menjadi punca kebakaran. - Agensi

Kosmo!

6 September 2010

0 comments: