INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Apakah El-Chupacabra?

Tuesday, September 7, 2010

 

Pada tahun 2007, seorang pemburu dan peladang di Cuero, Texas telah membuat penemuan yang menggemparkan dunia. Phylis Canion mendakwa dia telah menemui kepala sejenis makhluk mistik yang dipanggil El-Chupacabra.


Bagaimanapun penemuan itu telah dipertikaikan kerana pakar dan ahli paranormal mengatakan bahawa ia merupakan seekor anjing spesies Mexican Hairless Dog atau dikenali juga dengan nama Xoloitzcuintli.


Sebelum itu beberapa penemuan Chupacabra turut dicatatkan antaranya pada Julai 2004, sorang peladang di San Antonio, Texas telah menembak seekor haiwan seperti anjing yang tidak berbulu. Setelah kajian dibuat, haiwan itu hanyalah seekor koyote yang berkurap.


Pada bulan April 2006, terdapat berita bahawa Chupacabra telah ditemui di Russia dan ini merupakan penemuan pertama Chupacabra di luar benua Amerika. Menurut laporan, terdapat sejenis makhluk penghisap darah yang berkeliaran membunuh dan menghisap darah binatang ternakan di Russia. Dilaporkan sebanyak 30 ekor kambing biri-biri dan 32 ekor ayam belanda telah dibunuh dan dihisap darah. Semua haiwan ternakan itu dikatakan mempunyai dua kesan lubang pada leher mereka.


Saksi melaporkan bahawa mereka melihat seekor makhluk bertubuh seperti seekor kangaroo dan mukanya seperti anjing dengan dua taring yang panjang. Ia menyamai gambaran makhluk mitos bangsa Mexico iaitu El-Chupacabra.


Apakah sebenarnya El-Chupacabra ini? Chupacabra berasal daripada perkataan Sepanyol iaitu chupar yang bermaksud ‘menghisap’ manakala cabra bermaksud ‘kambing’. Apabila digabungkan ia menjadi penghisap kambing.


Makhluk ini dikatakan menghuni kawasan Amerika Selatan terutamanya di kawasan Puerto Rico, Mexico dan selatan Amerika Syarikat. Nama Chupacabra diberikan kerana tabiat makhluk ini yang suka menghisap darah haiwan ternakan seperti kambing. Lazimnya ia hanya menyerang haiwan dan belum ada kisah mengatakan ia menyerang manusia.


Selain daripada Chupacabra, seekor lagi makhluk mitos penghisap darah yang terkenal di Amerika Selatan ialah Peuchen. Peuchen adalah sejenis makhluk yang mampu bertukar kepada rupa haiwan. Makhluk ini dikatakan berada di Chile namun pakar paranormal percaya bahawa Peuchen dan Chupacabra adalah makhluk yang sama.


Phylis Canion memegang kepala haiwan yang didakwanya adalah Chupacabra



0 comments: