INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Misteri UFO di China

Sunday, July 18, 2010

 



Video klip memaparkan cahaya misteri yang muncul di ruang angkasa Hangzhou, China pada 7 Julai 2010


Pada 7 Julai 2010, sesuatu yang luar biasa telah berlaku berhampiran Lapangan Terbang Xiaoshan di Hangzhou, China. Suatu cahaya terang yang aneh telah muncul, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menangguhkan sebanyak 18 penerbangan. Setelah keadaan menjadi pulih seperti sediakala, orang ramai tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku?

Suatu artikel yang disiarkan dalam ABC News memberitahu bahawa cahaya yang muncul itu berkemungkinan UFO, namun UFO tidak bererti bahawa ianya datang dari angkasa lepas.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa UFO yang dimaksudkan itu berkemungkinan peluru berpandu ataupun pesawat tentera. Artikel yang disiarkan ABC News itu memberitahu bahawa terdapat sumber yang memaklumkan China Daily bahawa pihak berkuasa telah pun mengetahui identiti UFO tersebut dan siasatan sedang dilakukan namun hasil penyiasatan tidak dapat didedahkan kerana terdapat 'hubungan ketenteraan'.

Sebuah lagi UFO dilaporkan telah kelihatan di daerah Chongqing, China beberapa hari selepas kejadian yang dilaporkan di Lapangan Terbang Xiaoshan.

Menurut saksi yang melihat UFO tersebut, ia kelihatan seperti 'empat buah tanglung', lapor agensi berita Xinhua.

Xinhua juga melaporkan objek tersebut berbentuk seperti berlian dan berlegar-legar di ruang angkasa selama sejam.

Seorang lagi saksi, Mr Chen berkata, dia melihat objek itu terapung di langit dan setelah sejam terbang agak rendah ia mula naik tinggi dan kemudian hilang dari pandangan. Dia juga menambah bahawa ramai orang yang melihat objek itu pada hari Rabu sekitar pukul 8 malam.

sumber: ABC News, MSN

0 comments: