INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Pawang ramal Afrika Selatan gemilang Piala Dunia

Tuesday, June 15, 2010

 


JOHANNESBURG - Seorang pawang terkenal di Afrika Selatan, Sebenzile Nsukwini meramalkan kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 11 Jun ini akan berjalan lancar dengan tuan rumah, Afrika Selatan 'ditakdirkan' untuk mendapat kegemilangan.

"Keadaan nampak sangat baik untuk Afrika Selatan," kata wanita berusia 33 tahun dari etnik Zulu itu selepas merenung longgokan tulang haiwan dan cangkerang dalam satu upacara pemujaan di pusat bandar di sini.

"Masalah jauh ditinggalkan. Juga tiada bom," tambahnya.

Keyakinan pawang tersebut bercanggah dengan laporan sebuah akhbar mingguan tempatan yang memberitahu, risiko serangan pengganas berlaku sepanjang Piala Dunia kali adalah tinggi iaitu 80 peratus.

Laporan itu, bagaiamanapun, dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemerintah Afrika Selatan.

Amalan ilmu sihir merupakan satu amalan tradisi menjelang sesuatu acara dan ia mempunyai pengaruh besar di kalangan penduduk negara itu.

Nkuswini cukup yakin bahawa pasukan kebangsaan Afrika Selatan akan menjadi sebuah pasukan kuat pada kejohanan kali ini walaupun ia berada pada tangga ke-83 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). - Reuters

Kosmo!

3 Jun 2010

0 comments: