INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Makhluk asing berhampiran Zuhal

Tuesday, June 15, 2010

 

GAMBAR fail menunjukkan bulan Titan.


LONDON - Para saintis menemui bukti kehidupan wujud di Titan yang merupakan bulan terbesar mengorbit planet Zuhal, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka menemui beberapa petunjuk bahawa makhluk asing primitif hidup dengan bernafas di atmosfera dan menjadikan bahan api di permukaan bulan tersebut sebagai makanan.

Rumusan itu berdasarkan penemuan kapal angkasa Cassini yang mendapati gas hidrogen yang mengalir ke permukaan Titan hilang akibat disedut sejenis hidupan asing.

Saintis-saintis menjangkakan makhluk yang hidup di bulan berdiameter 5,120 kilometer itu adalah hidupan berteraskan gas metana dan bukan air. - Agensi

Kosmo!

7 Jun 2010

0 comments: