INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ikan emas pandai bermain muzik

Tuesday, June 15, 2010

 

GAMBAR menunjukkan seekor ikan emas meniup satu saluran yang menggerakkan loceng di luar akuarium di rumah pemiliknya di Winconsin, Amerika Syarikat.


MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Sepasang suami isteri di Wisconsin, Stu dan Diane Rains memiliki seekor ikan emas pertama di dunia yang pandai bermain alat muzik, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan peliharaan itu boleh bermain alat muzik loceng tangan dan gemar memainkan alat muzik itu semasa lagu-lagu penyanyi veteran Barbra Streisands berkumandang.

Ikan bernama Jor Jor yang berusia dua tahun itu akan meniup satu saluran di dalam akuariumnya yang disambung pada alat-alat muzik di luar akuarium tersebut.

"Jor Jor memang pemuzik unik, ia juga suka mendengar lagu Moon River oleh penyanyi Barbra Streisand sebelum memainkan loceng untuk beberapa saat dengan menggunakan mulut dan kemudian berenang," kata Diane, 54. - Agensi

Kosmo!

27 Mei 2010

0 comments: