INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Diganggu makhluk halus

Sunday, June 27, 2010

 

Oleh Hazirah Che Sab

Gua di ladang keluarga Bell yang turut menjadi lokasi kejadian seram.


Punca keluarga John Bell kena tampar, dicederakan sampai mati tak diketahui

ANTARA kisah seram paling popular dalam sejarah Amerika Syarikat adalah peristiwa ‘Bell Witch’ atau ‘Sihir Bell’yang menimpa keluarga John Bell di Tennesee pada awal 1800-an. Biarpun kejadian seram gangguan makhluk halus itu terus meniti di bibir ramai peminat kisah seram dan penyelidik yang belum dapat merungkai misteri yang berusia 200 tahun itu.

Malah, lokasi kejadian yang terletak di ladang milik keluarga itu, masih tersergam dan terus dilawati ramai sehingga ke hari ini berikutan populariti kisah misteri berkenaan.

Kisah ini bermula apabila John membawa keluarganya berpindah dari Carolina Utara ke Red River di Tennessee pada 1817. Bell membeli sebidang tanah dan sebuah rumah besar untuk keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau membeli beberapa bidang tanah lagi syang menjadikannya keluasan ladangnya mencecah 132 hektar. Di Tennessee, Bell memperoleh tiga lagi anak iaitu Elizabeth (Betsy), Richard dan Joel. Pada satu hari, John dikejutkan dengan kehadiran seekor haiwan pelik iaitu berbadan anjing dan berkepala arnab yang muncul di ladangnya. John menembaknya beberapa kali tetapi anehnya, dalam sekelip mata, ia ghaib. Beliau tidak lagi memikirkan kejadian itu, sehinggalah keluarganya diganggu bunyi ‘pelik’ di luar rumah mereka.

Bunyi misteri termasuk suara mengilai diselangi nada yang kian bingit setiap malam dan cuba menjejaki sumber bunyi itu tetapi gagal. Beberapa minggu berikutnya, anak-anaknya mulai hidup dalam ketakutan apabila diganggu bunyi seperti tikus berkeliaran di katil mereka, cadar ditarik dan bantal dilempar ke lantai oleh makhluk ghaib.

Seiring masa berlalu, keluarga Bell mula mendengar suara yang sayup, berbisik, yang terlalu lemah untuk difahami tetapi kedengaran seperti wanita tua sedang menyanyi kecil. Gangguan berterusan dan anak bongsu Bell, Betsy, mula mengalami gangguan lebih menakutkan apabila rambutnya ditarik. Tidak cukup dengan itu, gadis itu turut ditampar dengan kesan tapak tangan tertera pada wajah dan badannya.

Kejadian itu segera tersebar ke luar daerah malah ke Nashville, sehingga menarik minat Mejar Jeneral Andrew Jackson, yang memutuskan untuk melawat ladang keluarga itu dan melihat apa sebenarnya berlaku. Rombongan Jackson disertai beberapa lelaki, kuda dan sebuah gerabak kuda. Ketika mendekati kediaman Bell, gerabak berkenaan berhenti secara mengejut dan kuda tidak dapat menariknya.

Selepas beberapa minit cuba membuatkan kuda menarikan gerabak itu, Jackson akhirnya berkata: “Ini pasti Sihir Bell,” katanya.

“Dalam sekelip mata, kedengaran suara wanita membenarkan kami pergi. Setibanya di rumah, seorang lelaki yang mendakwa dapat mengusir gangguan sihir mengeluarkan sepucuk pistol dan sebutir peluru perak.

“Namun secara tiba-tiba, lelaki itu menjerit dan mengadu dicucuk dengan pin selain dibelasah bertubi-tubi. Namun kami tidak dapat melihat siapa penyerangnya,” kata Jackson dalam catatannya yang turut menjadi rujukan ramai penyelidik fenomena aneh itu.

Akibat ketakutan, rombongan Jackson merayu untuk meninggalkan ladang itu. Gangguan itu terus menghantui keluarga berkenaan yang menyaksikan kehidupan mereka menjadi tidak keruan, termasuk anak perempuan John putus tunang. Lebih malang lagi, John turut ‘didera’ makhluk halus itu sehingga membawa kematiannya.

Punca kesengsaraan yang dialami keluarga Bell hampir 200 tahun lalu, masih kekal menjadi misteri. Pelbagai teori dikemukakan, termasuk mereka menjadi mangsa gangguan perbuatan sihir manakala yang lain mengatakan mereka mangsa roh seorang wanita yang juga jiran mereka, Kate Batts. Wanita itu dikatakan mendakwa dirinya ditipu John dalam satu urusan jualan tanah dan di saat-saat akhir kematiannya, bersumpah untuk membalas dendam terhadap John dan keturunannya.

Tidak kurang yang mengaitkan kejadian itu dengan lokasi ladang yang terletak di tapak perkuburan Red Indian dan kewujudan sebuah gua berhampiran ibarat pintu masuk ‘dunia’ lain. Bagaimanapun, teori ini disanggah penyelidik dan kebanyakannya sekadar bersetuju ada makhluk halus di kawasan itu.

Kisah tentang peristiwa yang melanda keluarga Bell ini turut dijadikan filem antaranya filem Bell Witch Haunting terbitan tahun 2004, An American Haunting terbitan tahun 2005 dan Bell Witch The Movie terbitan tahun 2007.


Berita Minggu

27 Jun 2010

0 comments: