INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kraken, rasaksa laut

Monday, April 5, 2010

 

Sekiranya anda telah menonton filem Clash of the Titans, anda dapat melihat bagaimana sejenis makhluk rasaksa memusnahkan sebahagian daripada pulau yang bernama Argos. Rasaksa laut itu dikenali sebagai Kraken.


Kraken dalam filem Clash of the Titans versi 1981


Namun itu menurut gambaran pembikin filem tersebut. Di dalam legenda Yunani, makhluk itu dikenali sebagai Ceto atau Keto. Keto diceritakan akan memusnahkan sebuah pulau yang dikenali sebagai Joppa (dipercayai Ethiopia) setelah diperintahkan oleh Dewa Poseidon sebagai balasan kepada keangkuhan Permaisuri Casiopea yang membandingkan kejelitaannya dengan isteri-isteri Poseidon. Dan untuk menyelamatkan pulau Joppa daripada diserang dan dimusnahkan Keto, ahli-ahli nujum diraja menyatakan bahawa puteri Andromeda perlu dikorbankan kepada Keto. Bagaimanapun, Keto berjaya dibunuh oleh Perseus yang kebetulan sedang terbang melalui Joppa (ada dua versi untuk cerita ini, versi pertama mengatakan Perseus terbang menggunakan kasut ajaib yang bersayap manakala versi kedua mengisahkan Perseus menunggang Pegasus ataupun kuda terbang) dan menyelamatkan Puteri Andromeda.


Kraken dalam filem Clash of the Titans versi 2010


Kraken pula adalah sejenis rasaksa laut dengan saiz yang sungguh besar, dikatakan pernah mendiami lautan di sekitar Norway dan Iceland. Saiznya yang amat besar dan rupa yang menggerunkan telah membuatkan Kraken menjadi popular di dalam fiksyen sama ada secara lisan, bertulis mahupun dalam bentuk filem.

Kisah mengenai Kraken berkemungkinan berasal daripada sotong kurita gergasi yang pernah ditemui dianggarkan bersaiz 13 - 15 meter panjang, termasuk tentakel-tentakel nya. Makhluk-makhluk seperti sotong gergasi ini biasanya mendiami lautan dalam.

Nama Kraken dipercayai berasal daripada perkataan krake, sejenis perkataan Scandinavia yang bermaksud haiwan yang tidak baik, ataupun sesuatu yang berbelit-belit. Dalam bahasa Jerman moden pula, krake bermaksud sotong kurita, yang boleh dikaitkan juga kepada makhluk Kraken.

Di dalam buku Natural History of Norway yang ditulis oleh Erik Pontoppidan, beliau menggambarkan Kraken sebagai 'seekor haiwan yang bersaiz seperti sebuah pulau'. Bahaya sebenar tentang Kraken terhadap pelaut bukanlah haiwan itu sendiri, sebaliknya gelombang dan ombak besar yang dihasilkan oleh Kraken boleh menyebabkan sebuah kapal besar terbalik.

Sejak abad ke-18, Kraken telah digambarkan dalam pelbagai rupa, namun yang menjadi kelaziman adalah rupa Kraken seperti seekor sotong gergasi. Terdapat juga gambaran bahawa rupa Kraken adalah seperti seekor ketam gergasi dan juga ikan paus.

Pada tahun 1802, seorang malakologis (pakar berkaitan haiwan moluska) iaitu Pierre Dénys de Montfort mengesahkan kewujudan dua jenis sotong gergasi di dalam jurnalnya Histoire Naturelle Générale et Particulière des Mollusques. Montfort menyatakan bahawa sotong Kraken telah dilihat oleh pelaut-pelaut Norway, Amerika dan pernah diceritakan oleh ahli falsafah Roman iaitu Gaius Plinius Secundus atau dikenali sebagai Pliny the Elder.

Sotong gergasi kedua pula dikenali sebagai Colossal Octopus atau Gigantic Octopus yang dikatakan pernah menyerang kapal daripada Saint-Malo, berhampiran pantai Angola.

Montfort kemudiannya memberikan beberapa lagi penemuan. Beliau mendakwa bahawa 10 buah kapal perang British telah hilang pada satu malam sekitar tahun 1782, dipercayai telah diserang dan ditenggelamkan oleh sotong gergasi.

Malang bagi Montfort kerana pihak tentera laut British menyangkal dakwaan Montfort itu dan menyebabkan Montfort terpaksa menanggung malu atas dakwaan palsu itu. Karier Montfort kemudian mula merosot menyebabkan Montfort hidup melarat di Paris dan meninggal dunia pada tahun 1820. Bagaimanapun, penemuan Montfort tentang Sotong Kraken yang berkemungkinan merupakan sotong gergasi (giant squid), disahkan wujud pada tahun 1857.


Kisah tentang Kraken telah menjadi sebagai bahan penting dalam kisah-kisah seram, pengembaraan dan sains fiksyen. Antara kisah-kisah popular yang turut menampilkan Kraken adalah:

Novel dan cerita pendek
  • Twenty Thousand Leagues Under the Sea, ditulis oleh Jules Verne.
  • The Call of Ctulhu ditulis oleh H.P. Lovecraft
  • The Girl in a Swing ditulis oleh Richard Adams
  • The Kraken Wakes ditulis oleh John Wyndham
  • A Song of Ice and Fire ditulis oleh George R. R. Martin
  • Monster Mission ditulis oleh Eva Ibbotson
  • Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring ditulis oleh J.R.R. Tolkien
  • The Chronicles of Narnia ditulis oleh C.S. Lewis
  • Moby Dick ditulis oleh Herman Melville
  • Pirate Latitudes ditulis oleh Michael Crichton
Filem dan televisyen
  • Clash of the Titans (versi 1981 dan 2010)
  • Doctor Who episod The Power of Kroll
  • Pirates of the Carribean: Dead Man's Chest
  • Jason and the Heroes of Mount Olympus
  • Kraken: Tentacles of the Deep
  • Mega Shark vs Giant Octopus

Sumber: wikipedia

0 comments: