INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Guru palsu gagal matikan lelaki

Wednesday, April 7, 2010

 

GAMBAR menunjukkan Sharma (kanan) cuba membunuh Edamaruku dengan memegang kepalanya pada satu program televisyen di India baru-baru ini.


NEW DELHI - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya guru kerohanian, Pandir Surender Sharma gagal menggunakan kuasa mindanya untuk membunuh Presiden Persatuan Rasionalis India, Sanal Edamaruku dalam satu program televisyen, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada mulanya, guru itu mengaku kuasa mindanya boleh membunuh manusia menyebabkan Edamaruku dengan berani menawarkan diri bagi membuktikan bahawa dakwaan tersebut tidak benar baru-baru ini.

Guru itu membaca mantera, merenjis air, memegang rambut Edamaruku dan mengayun-ayunkan sebilah pisau semasa dia memulakan usaha untuk menyambut nyawa lelaki itu.

Namun selepas beberapa jam, Edamaruku masih berdiri dan tidak mati.

Apabila guru itu gagal dalam misinya, dia mendakwa lelaki tersebut berdoa kepada Tuhan supaya melindunginya.

Apa yang menggelikan hati ialah guru itu mendakwa dia boleh mengambil nyawa manusia selepas tidur dengan seorang wanita, menyapu tubuhnya dengan abu dan minum minuman keras.

Edamaruku memberi peluang kedua kepada guru itu namun percubaannya masih gagal menyebabkan pengacara program berkenaan menamatkan aksinya.

"Saya mahu orang ramai membuat pertimbangan mereka sendiri. Mereka (orang ramai) perlu menggunakan ilmu pengetahuan dan tidak sepatutnya menjadi jahil." - Agensi

Kosmo!

22 Mac 2010

0 comments: