INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Penulisan 60,000 tahun ditemui

Tuesday, March 2, 2010

 

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan sebahagian pola tulisan pada kulit telur burung unta.


CAPETOWN - Mengukir corak di atas kulit-kulit telur burung unta mungkin merupakan bentuk penulisan yang paling awal di dunia.

Menurut sebuah akhbar semalam, satu bentuk corak yang dianggarkan berusia 60,000 tahun itu telah dijumpai oleh sepasukan penyelidik di Afrika Selatan.

Para penyelidik itu percaya bahawa corak geometri digunakan sebagai sistem komunikasi simbolik di antara para pemburu di Afrika yang berkumpul untuk menandakan telur mereka dan membezakannya antara satu sama lain.

Lebih 270 keping kulit telur telah ditemui oleh Pierre-Jean Texier dari Universiti Bordeaux dan pasukannya sepanjang beberapa tahun lalu semasa melaksanakan penyelidikan di kawasan Barat Cape.

Pasukan tersebut turut mengenal pasti empat corak spesifik yang banyak kali diulang.

Kebanyakan corak itu dilihat menjadi cara untuk menentukan pemilikan telur atau menjelaskan kegunaannya. - Agensi

Kosmo!

3 Mac 2010

0 comments: