INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Jurugambar rakam UFO di kincir angin

Wednesday, March 10, 2010

 


NORFOLK - Beberapa makhluk asing yang mengendalikan objek terbang tidak dikenali (UFO) mungkin tersilap membuat pusingan menyebabkan penerbangan mereka dikesan di sebuah kincir angin pada abad ke-19 di Norfolk, England.

Menurut sebuah akhbar semalam, UFO itu dikesan oleh seorang jurugambar, Peter Rye yang sedang merakamkan kawasan kincir angin tersebut pada waktu malam.

Rye berkata, pada mulanya dia tidak melihat atau mendengar sebarang bunyi yang ganjil semasa merakamkan ganbar tersebut.

Namun, dia mula menyedari terdapat sesuatu yang ganjil selepas melihat gambar yang dirakamkan itu di rumahnya.

Gambar itu dirakamkan pada bulan lalu.

Lokasi UFO yang dirakamkan itu tidak jauh dari sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja Britain.

Seorang pakar UFO, Nick Pope berkata: "Ia merupakan gambar yang menarik." - Agensi.

Kosmo!

11 Mac 2010

0 comments: