INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

DCA tidak dapat kesan

Sunday, March 14, 2010

 


KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak dapat mengesan objek bercahaya yang muncul di langit di Damansara Damai dalam kejadian pada Jumaat lepas.

Jurucakapnya ketika dihubungi semalam memberitahu, sistem kawalan radar yang digunakan hanya berfungsi untuk mengawal pergerakan lalu lintas udara sahaja dan tidak boleh mengesan benda-benda lain.

"Radar kami hanya boleh mengesan pergerakan kapal terbang dan mereka mesti berhubung dengan menara kawalan bagi mengetahui kedudukan.

"Keadaan trafik udara sememangnya sentiasa sibuk pada setiap masa dan mereka yang bertugas di menara kawalan tidak boleh leka dengan tanggungjawabnya," katanya.

Bagaimanapun jurucakap berkenaan berkata, pengawasan terhadap ancaman luar seperti serangan peluru berpandu adalah di bawah seliaan tentera.

Ini kerana katanya, pasukan keselamatan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai perkakasan yang canggih untuk melakukan pengawasan.

Kosmo! Ahad semalam melaporkan, sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) dilihat muncul di ruang udara di Damansara kira-kira pukul 7.11 malam.

Kelibat objek seperti kapal angkasa yang mengeluarkan cahaya itu dilihat sendiri oleh seorang pengurus sebuah syarikat perabut, Mohd. Zulfikar Abdul Rahman, 37, yang kemudian telah merakamkan gambarnya.

Objek itu muncul untuk tempoh selama 15 saat sebelum hilang daripada pandangan mata.

Kosmo!

15 Mac 2010

0 comments: