INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Asteroid gergasi bunuh dinosaur

Sunday, March 7, 2010

 

WASHINGTON - Sekumpulan saintis kelmarin menyatakan bahawa sebuah asteroid yang besar berukuran kira-kira selebar 15 kilometer menghentam bumi dengan kuasa berbilion-bilion bom atom sehingga menghapuskan dinosour.

Satu panel antarabangsa yang terdiri daripada 41 pakar itu mengkaji semula bukti yang diperoleh 20 tahun lalu mengenai kemungkinan asteroid itu menjadi penyebab kepupusan dahsyat yang telah membunuh lebih separuh spesies di planet bumi termasuklah dinosour.

Penemuan itu diharap menamatkan perdebatan mengenai kepupusan dinosaur yang berlaku 65 juta tahun lalu.

Saintis-saintis itu mendakwa asteroid itu melanggar bumi di lokasi Chicxulub, Mexico.

Hentaman asteroid itu telah memberi laluan kepada mamalia untuk menjadi spesies dominan di bumi.

"Asteroid itu dipercayai telah merempuh bumi dengan kekuatan satu bilion kali ganda berbanding bom atom di Hiroshima," kata saintis-saintis tersebut dalam satu laporan dalam jurnal Science.

"Ia telah meletupkan material pada kelajuan tinggi ke dalam atmosfera, sebelum mencetuskan rantaian insiden yang menyebabkan berlakunya musim sejuk secara global dan memusnahkan kebanyakan hidupan di bumi dalam tempoh beberapa hari sahaja," kata mereka.

Beberapa saintis bercanggah pendapat sebelum ini bahawa dinosour dan spesies lain termasuk burung pterosaurs dan reptilia besar di laut pupus akibat satu siri letusan gunung berapi di India.

Letusan itu telah menyebabkan berlakunya penyejukan atmosfera dan hujan asid pada skala global. - AFP

Kosmo!

6 Mac 2010

0 comments: