INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Wajah lelaki 4,000 tahun didedah

Tuesday, February 16, 2010

 

LAKARAN imej lelaki Greenland yang berusia 4,000 tahun didedahkan kelmarin.


NEW YORK - Sekumpulan saintis berjaya mengumpulkan asid deoxyribonucleic (DNA) seorang lelaki yang tinggal di Greenland kira-kira 4,000 tahun lalu. Ujian DNA itu dibuat berdasarkan sampel rambut yang ditemui di selatan Greenland pada 1986.

Lakaran imej lelaki itu menunjukkan dia turut mengalami masalah keguguran rambut.

Ia merupakan satu set kromosom dari seorang lelaki purba yang dianggap oleh seorang pakar sebagai satu mesin waktu bagi mengetahui biologi penduduk zaman itu.

Beberapa penganalisis menyatakan lelaki Greenland itu mungkin mempunyai darah jenis A, mata berwarna coklat dan berkulit lebih gelap berbanding kebanyakan penduduk Eropah.

Ujian DNA itu menunjukkan lelaki itu mempunyai rambut berwarna hitam dan tebal.

Hasil ujian itu memberi harapan bagi mengetahui misteri kumpulan lelaki itu yang pada mulanya dikenali sebagai Saqqaq iaitu satu kebudayaan awal yang paling awal dikesan pernah tinggal di Greenland.

Beberapa kajian menunjukkan datuk nenek kumpulan itu berhijrah dari Siberia kira-kira 5,500 tahun lalu.

Penyelidik-penyelidik itu memberi nama lelaki itu dengan nama Inuk yang dalam bahasa Greenland bermaksud lelaki atau manusia. - Agensi

Kosmo!

12 Februari 2010

0 comments: