INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Salji luar biasa landa Britain

Wednesday, January 6, 2010

 

DUA lelaki cuba menolak kereta yang tersangkut akibat salji tebal di sebatang jalan raya di Hartley Wintney, Hampshire, Britain semalam.

LONDON - Salji yang luar biasa menyebabkan beratus-ratus kenderaan terkandas, jadual kereta api tergendala manakala beribu-ribu sekolah dan sejumlah lapangan terbang di Britain terpaksa ditutup semalam semasa negara itu dilanda cuaca sejuk beku paling lama dalam tempoh hampir tiga dekad.

Semua lapangan terbang di seluruh Britain lumpuh dengan lapangan terbang di Gatwick dan Stansted tidak beroperasi sehingga menyebabkan beratus-ratus penerbangan terpaksa dibatalkan.

Di Gatwick, lebih 240 penerbangan dibatalkan manakala lapangan terbang di Luton ditutup sehingga tengah hari semalam.

Berpuluh-puluh penerbangan turut dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di sini yang merupakan lapangan terbang paling sibuk di Eropah.

"Amat jarang keadaan cuaca sejuk berpanjangan seperti ini melanda Britain," kata seorang pegawai kaji cuaca, Robin Thwaytes.

Cuaca buruk itu turut menjejaskan rangkaian jalan raya Britain apabila beberapa lebuh raya penting termasuk M1 yang menghubungkan London dan Leeds terpaksa ditutup.

Pasukan tentera terpaksa dipanggil untuk membantu menyelamatkan pengguna jalan raya apabila hampir 1,000 kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat salji di Hampshire, selatan England. - AP

Kosmo!

7 Januari 2010


0 comments: