INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Makhluk mitos seluruh dunia - Aatxe

Wednesday, January 13, 2010

 


Aatxe - Negara Basque

Aatxe merupakan sejenis makhluk mitos bagi rakyat Basque. Aatxe bermaksud Lembu Jantan Muda dan dikenali juga sebagai Etsai. Aatxe merupakan roh yang mendiami kawasan gua, sering muncul dalam rupa lembu jantan namun adakalanya ia bertukar kepada rupa yang lain seperti manusia.

Pada waktu malam, terutama sekali ketika cuaca buruk, ia akan bangkit daripada lubang persembunyiannya. Ia akan menyerang penjenayah ataupun mereka yang berniat jahat. Ia juga melindungi manusia dengan membuatkan mereka tinggal di dalam rumah setiap kali bahaya mendatang.

Ada teori mengatakan bahawa Aatxe berkemungkinan adalah jelmaan untuk Dewi Mari, atau mungkin juga makhluk suruhannya, menghukum mereka yang melakukan kejahatan. Nama lain untuk Aatxe adalah Aatxegorri yang bermaksud Lembu Jantan Merah.

Sumber tentang Aatxe

0 comments: