INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Makhluk mitos di seluruh dunia - Á Bao A Qu

Tuesday, January 12, 2010

 

Á Bao A Qu - Malaysia

Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya makhluk ini. Makhluk ini dikatakan sebagai makhluk mitos bagi masyarakat Melayu di dalam buku Book of Imaginary Beings tulisan Jorge Luis Borges. Menurut Borges pula beliau mengetahui tentang legenda makhluk ini melalui buku On Malay Witchcraft tulisan C.C. Iturvuru yang ditulis pada tahun 1937.

Di dalam buku tersebut, Iturvuru menulis bahawa Á Bao A Qu adalah sejenis makhluk yang duduk di sebuah menara bernama Menara Kejayaan (Tower of Victory) di sebuah bandar bernama Chitor. Menara tersebut mempunyai banyak anak tangga yang melingkar (spiral) dan Á Bao A Qu berada di anak tangga yang pertama, menunggu manusia yang berani untuk mendaki menara itu hingga ke puncaknya. Dikatakan dari atas puncak Menara Kejayaan seseorang dapat melihat pemandangan yang begitu indah dan cantik.

Á Bao A Qu berada dalam keadaan lembik dan tidur sehinggalah seseorang melaluinya dan mendaki tangga itu. Sebaik sahaja seseorang melepasinya, Á Bao A Qu akan terjaga dan mengekori manusia itu. Setiap kali Á Bao A Qu mendaki anak tangga, bentuk fizikalnya akan kelihatan satu persatu, sehingga manusia tersebut sampai ke puncak menara dan dikatakan manusia itu telah pun mencapai Nirwana, dan fizikal Á Bao A Qu pun menjadi lengkap. Bermakna manusia itu telah mendapat kesempurnaan.

Sekiranya manusia itu gagal sampai ke puncak, bermakna manusia itu gagal dan tidak sempurna. Á Bao A Qu yang mengekori manusia itu menyedari hakikat ini dan mula kehilangan bentuk fizikalnya satu persatu, akhirnya menjadi lembik dan jatuh kembali ke anak tangga pertama.

Iturvuru menulis lagi bahawa Á Bao A Qu tidak mempunyai mata tetapi dapat melihat melalui tubuhnya. Aku andaikan kemungkinan Á Bao A Qu adalah legenda orang Melayu sewaktu zaman perkembangan agama Buddha di kepulauan Melayu. Mungkin juga makhluk ini adalah simbolik tentang kehidupan dan tidak pernah wujud sebenarnya.

Á Bao A Qu juga mengingatkan aku kepada makhluk Ctulhu ciptaan penulis kisah seram abad ke-19 iaitu H.P. Lovecraft. Ctulhu sebenarnya adalah makhluk fiksyen yang kemudian disalah anggap sebagai makhluk mitos. Mungkin Á Bao A Qu juga adalah makhluk ciptaan C.C. Iturvuru sendiri.

Bagaimanapun Menara Kejayaan (Tower of Victory) dan bandar Chitor memang wujud. Terdapat sebuah bandar bernama Chittorgarh atau dikenali juga sebagai Chitor di India. Kubu pertahanan Chitor terletak pada satu dataran berbatu-batan yang tinggi di kawasan Aravalli di selatan Rajasthan. Asal-usulnya tidak jelas, tetapi ia merupakan kubu terkuat rantau Rajput Mewar pada abad ke-8, mulanya dikawal oleh suku Guhilot, kemudian oleh Sisodias pada abad ke-14. Suku Sisodias menjadikan Mewar sebagai pusat pemerintahan negeri-negeri Rajput, menjadikannya sebuah benteng pertahanan yang kuat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Jaya Stambha (Tower of Victory) di Chittorgarh, India

Chitor telah diserang beberapa kali, serangan kali terakhir adalah daripada tentera Mughal. Pemerintah Chitor, digelar Rana atau Maharana kemudian menyerah kepada Mughal. Setelah kejatuhan Chitor kepada Akbar pada tahun 1568, Rana Udai Singh berpindah ke kawasan baru bernama Udaipur.

Menara Kejayaan, (Tower of Victory) atau dipanggil juga Jaya Stambha dalam bahasa tempatan telah dibina oleh Rana Kumbha (memerintah 1433 - 1468) pada tahun 1448 bagi memperingati kemenangannya atas pemerintahan Islam di Delhi.

Menara ini setinggi sembilan tingkat dengan balkoni-balkoni dan juga anak-anak tangga dalaman yang menuju ke kubah pada puncak menara. Imej Dewa Vishnu dan juga dewa-dewa Hindu lain memenuhi dinding menara itu.

Sumber tentang Á Bao A Qu di sini.

Sumber tentang Jaya Stambha di sini.

Sumber lain: wikipedia

0 comments: