INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Atlet angkat berat Chile bersalin waktu latihan

Tuesday, December 15, 2009

 


Seorang atlet angkat berat Olimpik wanita warganegara Chile telah melahirkan seorang bayi lelaki sewaktu berlatih di sebuah gimnasium di Brazil Selasa lalu.

Elizabeth Poblete, 22, tidak menyedari bahawa dia sedang hamil, dan meminta bantuan doktor apabila dia merasa kurang sihat seminggu yang lepas ketika dia menaikkan pemberat dalam gimnasium di Sao Paulo, Brazil, tempat dia tinggal, menurut laporan dari laman web berita Globo.com.

Dia kemudian melahirkan bayi pramatang seberat 1.15 kilogram (2.54 paun) yang diberi nama Eric Jose selepas dia mengatasi perasaan terkejutnya.

Ibu dan bayi tersebut kemudiannya dibawa ke hospital, di mana bayi itu telah diletakkan di bawah rawatan intensif.

Ketua jurulatih angkat berat di gimnasium itu, Horaco Reis berkata: "Ia suatu kejutan bagi saya. Seminggu yang lalu saya telah menjadi hakim dalam satu pertandingan di Chile dan gadis ini telah mengambil bahagian. Segalanya berjalan dengan baik dan dia telah memenangi pertandingan itu.

"Saya melihat dia sebagai seorang gadis yang matang, besar dan gagah."

Para doktor menganggarkan bahawa Poblete telah hamil enam bulan.

Latihan dan diet yang diamalkan oleh atlet angkat berat wanita boleh menyebabkan haid tak nalar dan mengaburi kehamilan.

Poblete telah mewakili Chile untuk sukan Olimpik di Beijing tahun lepas. Dia telah berusaha untuk menambah berat badannya daripada 75 kilogram kepada 85 kilogram untuk menyertai acara yang dipertandingkan bagi kategori berat tersebut.

-Agence France-Presse

0 comments: