INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Sejadah berdiri buatan manusia

Tuesday, November 3, 2009

 

KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menjelaskan empat sejadah yang didakwa berdiri seperti mengerjakan solat berjemaah di surau Taman Kastam 3 dekat Padang Besar kelmarin adalah jenis baru, tebal dan keras.

Sehubungan itu, dakwaan penduduk taman perumahan tersebut kononnya sejadah berkenaan terbentuk sendiri boleh disangkal kerana keadaannya yang baru boleh dibentuk oleh mana-mana pihak.

Pengarah JAIPs, Abdul Malik Hussin berkata, selepas sejadah tersebut diambil dari surau berkenaan bagi mengelak kepercayaan karut dan kurafat, pegawai JAIPs berjaya membentuk sejadah berdiri dengan sendiri.

"Ia boleh dibuat begitu kerana sejadah tersebut baru, tebal dan keras.

"Jika ia sudah lusuh atau lembik, ada logiknya untuk dikategorikan sebagai luar biasa," katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin Kosmo! melaporkan kejadian sejadah berdiri seperti mengerjakan solat berjemaah di surau Taman Kastam 3, Padang Besar yang menarik perhatian orang ramai termasuk warga Thailand di sempadan.

Kosmo!

4 November 2009



ORANG ramai berpusu-pusu menyaksikan sendiri kejadian sejadah berdiri yang didakwa berlaku di Surau Taman Kastam 3, Padang Besar, Perlis semalam.


Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

PADANG BESAR - "Ketika saya bergegas memasuki surau untuk melihat empat sejadah berdiri, kami terlihat sehelai sejadah lagi seolah-olah turun dari rak gantung untuk mengikut sejadah lain."

Demikian dakwa seorang penduduk, Ahmad Fadil Johari, 25, yang terkejut menyaksikan kejadian sejadah berdiri yang seolah-olah melakukan sembahyang berjemaah di Surau Taman Kastam 3 dekat sini semalam.

Menurut Ahmad Fadil, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, sejadah tersebut yang bergerak turun tiba-tiba terhenti seolah-olah menyedari dia dan beberapa rakannya masuk ke surau.

"Dilihat secara logik, sejadah itu boleh terjatuh, sebaliknya sejadah itu tergantung sebelum kami ambil dan susun semula di rak.

"Sebelum masuk, juga ada bauan wangi dari dalam surau dan sebaik membuka pintu kami terlihat sejadah berdiri seperti seorang imam bersama tiga jemaah bersembahyang," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan beberapa kejadian aneh sejadah berdiri yang berlaku di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Kejadian itu turut berlaku di atas sebuah feri penumpang di Langkawi pada 17 Oktober lalu.

Kosmo!

3 November 2009





0 comments: