INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Pentagram

Tuesday, November 10, 2009

 


Pentagram adalah sejenis simbol berbentuk bintang dengan lima bucu yang dikaitkan dengan keagamaan kuno. Nama pentagram berasal dari perkataan Greek pentagrammon yang bermaksud lima baris.

Pentagram pada hari ini melambangkan kepercayaan oleh mereka yang menganut agama kuno (Neopagan) dan berkait juga dengan gerakan Freemason.

Penganut-penganut Kristian zaman pertengahan (medieval) menganggap pentagram sebagai melambangkan lima luka Christ yang disalib. Pentagram juga digunakan sebagai perlindungan daripada ahli-ahli sihir dan hantu jembalang.

Pentagram juga dijadikan simbolik untuk percintaan zaman King Arthur. Ia diukir pada perisai Sir Gawain seperti yang dinyatakan dalam puisi abad ke-14 berjudul Sir Gawain and the Green Knight. Puisi itu menerangkan bahawa lima bucu bintang yang terdapat pada pentagram tersebut mempunyai lima makna: ia melambangkan pancaindera, lima jari, lima luka Christ, lima kegembiraan Mary setelah dikurniakan Christ (Pengumuman, Kelahiran, Kebangkitan, Peningkatan dan Andaian) dan lima nilai seorang satria yang diharapkan oleh Sir Gawain iaitu kemurahan hati, persahabatan, ketulenan, budi bahasa dan belas kasihan.

Disebabkan pentagram sering digunakan untuk upacara yang berkaitan dengan silap mata (ceremonial magic) menyebabkan penganut-penganut Kristian abad ke-20 mengaitkannya dengan Satanism.

Penganut-penganut Kristian bermazhab Mormon juga menggunakan pentagram sebagai ukiran pada gereja mereka. Simbol-simbol ini diambil daripada pentagram bintang timur yang kebanyakannya tidak lagi digunakan oleh penganut Kristian yang ada sekarang.

Pentagram juga pernah dijadikan cap mohor rasmi untuk bandar Jerusalem pada suatu ketika. Kerana persamaan bentuk, pentagram seringkali disalah anggap sebagai Star of David (lambang kaum Yahudi).

Bagi penganut-penganut atau pengikut Neopagan, terutama sekali Wiccan, menggunakan pentagram sebagai simbol kepercayaan, sama seperti salib bagi penganut Kristian dan Star of David bagi kaum Yahudi. Bagaimanapun, ia bukanlah satu simbol sejagat bagi Neopaganism, dan jarang sekali digunakan oleh Reconstructionist (satu lagi cabang Neopagan).

Bagi pemuja-pemuja Syaitan pula mereka menterbalikkan simbol pentagram dengan dua bucu bintang di atas manakala satu bucu bintang di bawah (seperti yang ditunjukkan di gambar) . Bintang ini diletakkan di dalam dua bulatan manakala kepala seekor kambing dilukis di dalam pentagram tersebut. Pentagram ini dirujuk sebagai Sigil of Baphomet.

Pentagram juga digunakan oleh penganut-penganut agama Baha'i (sejenis agama sesat). Pentagram juga digunakan oleh penganut-penganut Taoism yang melambangkan lima unsur iaitu api, tanah, logam, air dan kayu.

Itu adalah penerangan ringkas mengenai pentagram. Kepada kita yang beragama Islam, jelas pentagram ini adalah simbol kepada kepercayaan tertentu yang berkait rapat dengan agama selain Islam, jadi dikhuatiri ia boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita terhadap Allah SWT. Jadi kepada mereka yang memakai rantai berbentuk pentagram dan menganggap ia sebagai fesyen atau trend terkini, eloklah meninggalkannya.

Sumber: wikipedia

0 comments: