INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ibu kembar empat, lahir anak kembar lagi

Tuesday, October 13, 2009

 

DALE dan suaminya bergambar bersama anak-anak mereka.

BRISBANE - Setelah dua kali memperoleh bayi kembar empat, seorang ibu di Australia, Dale Chalk sekali lagi dikurniakan sepasang kembar hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF), lapor sebuah akhbar semalam.

Dale dipercayai sebagai wanita pertama di dunia yang pernah melahirkan kempat empat sebanyak dua kali.

Pada Sabtu lepas, suaminya, Darren Chalk yang kini mempunyai 11 orang anak di bawah umur tujuh tahun selepas berkongsi hidup dengan Dale berkata, kembar lelaki dan perempuan itu berada dalam keadaan baik tetapi masih berada di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini.

Dale yang berusia 31 tahun itu dibenarkan pulang ke rumahnya di sini kelmarin selepas doktor-doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya.

"Kami mahukan lebih ramai anak tetapi ia tidak digalakkan berdasarkan sudut perubatan," kata Darren.

Dale melahirkan 12 anak, kesemuanya melalui IVF yang dilakukan di sebuah pusat kesuburan swasta dekat sini tetapi seorang daripada kembar empat keduanya, Milly meninggal dunia semasa dilahirkan.

Keluarga itu menjadi tumpuan media apabila Dale mengandung bayi kembar empat untuk kali kedua pada 2005.

Pada Ogos tahun sebelumnya, dia melahirkan kembar empat pertama mereka iaitu Emma, Ellie, Samuel dan Joseph.

Anak perempuan sulung mereka, Shelby kini berusia enam tahun manakala pada 2007, pasangan itu memperoleh seorang bayi perempuan, Tiger Lily. - Agensi

Kosmo!

13 Oktober 2009


0 comments: