INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bayi ajaib perlukan psikologi

Monday, October 26, 2009

 

SHWETA menyusukan anaknya Saurish yang dirempuh sebuah kereta api pada 15 Oktober lalu.

MELBOURNE - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan, Saurish Verma yang selamat selepas dirempuh sebuah kereta api baru-baru ini memerlukan rawatan psikologi bagi memulihkan kejutan yang dialaminya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibunya, Shweta Verma, 29, seorang doktor gigi di Southbank dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen Australia berkata, anaknya itu dipercayai mengalami kejutan yang serius.

"Saya tidak dapat membayangkan apa yang dia lihat dan dengar semasa dirempuh itu," katanya yang mengimbau kejadian dramatik pada 15 Oktober lalu di stesen Ashburton dekat sini.

Dalam insiden itu, kereta sorong yang membawa Saurish bergerak dan terjatuh ke atas landasan sebelum ia dirempuh sebuah kereta api seberat 250 tan.

Bayi ajaib itu ditemui selamat apabila kereta sorong tersebut didapati bertindak sebagai kepompong bagi melindungi bayi tersebut. - Agensi

Kosmo!

27 Oktober 2009

0 comments: