TURIN - Seorang penyanyi pop Jerman, Nena (gambar kecil) menghabiskan masa selama dua hari memasuki ibu pejabat satu kumpulan ajaran sesat Itali, Damanhur yang memiliki sebuah mesin kembara masa, lapor sebuah akhbar semalam.
Nena didakwa taksub dengan Damanhur sehingga dia mencetak simbol kumpulan itu untuk sebuah album terbarunya.
Maklumat itu didedahkan oleh seorang wartawan sebuah akhbar yang memasuki markas Damanhur yang terletak 522 kilometer dari Rom.
Namun, sesiapa yang memasuki mesin itu perlu berbogel kerana ia tidak boleh berfungsi jika penggunanya memakai pakaian.
Mesin itu dicipta oleh pengasasnya, Oberto Airudi Oberto Airaudi, 59, yang dianggap pengikut mampu memasukkan roh orang mati ke dalam bayi baru lahir
Kumpulan itu diasaskan pada 1975 di lembah Vidraco, Piedmont, 40 kilometer dari sini. Namun beberapa penduduk berasa bimbang terhadap kegiatan Damanhur yang disertai oleh 700 anggota.
"Setiap orang di kampung ini berasa takut dengan mereka (pengikut ajaran sesat itu). Terdapat bunyi yang bising," kata seorang penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan kuil kumpulan tersebut.
Anggota-anggota kumpulan itu berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh mereka sendiri.
Mereka turut mempunyai mata wang dan sekolah sendiri. - Agensi
Kosmo!
10 Oktober 2009
0 comments:
Post a Comment