INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Yeti intip gadis pakai bikini sedang mandi

Wednesday, September 2, 2009

 

IMEJ Yeti yang berjaya dirakam oleh Kowalski.

WARSAW - Seorang gadis, Justyna Folger mendakwa dia diintai makhluk Yeti yang berbulu seperti bigfoot semasa sedang mandi di sebatang sungai di Poland, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis berusia 19 tahun itu memakai bikini ketika mandi di kawasan pergunungan Tatra baru-baru ini apabila dia tiba-tiba terlihat seekor makhluk berbulu mengintipnya dari tebing batu.

"Pada mulanya saya menyangka ia seekor beruang tetapi saya terkejut apabila melihat Yeti itu berdiri tegak dan berlari meninggalkan tempat tersebut," katanya.

Kekasih gadis tersebut, Tadeusz Serafinowski sempat merakamkan aksi makhluk berbulu itu dengan kamera video.

Sebelum ini seorang pemuda berusia 27 tahun, Piotr Kowalski berjaya merakam gambar Yeti ketika bercuti di kawasan pergunungan yang sama pada minggu lalu.

Dia kemudian memuat naik klip video itu di laman perkongsian video YouTube di Internet.

"Saya lihat makhluk seperti beruk itu bersembunyi di celah-celah batu. Saya terkejut seperti disambar petir apabila melihatnya," kata Kowalski. - Agensi

Kosmo!

2 September 2009

0 comments: