INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Wanita dakwa pernah jadi Permaisuri Mesir

Sunday, August 23, 2009

 

NILEEN melakukan pembedahan kosmetik supaya wajahnya mirip Permaisuri Nefertiti.

SATU ukiran patung menunjukkan wajah Permaisuri Nefertiti.


SEORANG ibu tunggal, Nileen Namita sanggup melakukan lebih 50 pembedahan plastik sejak lebih 20 tahun lalu kerana dia percaya dirinya pernah hidup sebagai isteri Firaun Akhenaten, Permaisuri Nefertiti di Mesir.

Menurut sebuah akhbar semalam, Nileen yang berumur 49 tahun telah membelanjakan sebanyak £200,000 (RM1.1 juta) bagi melakukan satu siri pembedahan kosmetik supaya wajahnya mirip Nefertiti.

Wanita itu mula mengorak langkah melakukan perubahan pada wajahnya sejak 1987 selepas dia percaya dirinya pernah menjadi Permaisuri Nefertiti.

Ketika di zaman kanak-kanak, wajah permaisuri itu kerap muncul dalam mimpinya.

"Saya dapat melihat di mana permaisuri itu tinggal, hamba, bilik dan makanan yang dimakannya walaupun pada mulanya saya mendapati mimpi tersebut menakutkan," kata Nileen.

Menurutnya, berikutan mimpi itu, dia melakukan penyelidikan termasuk menemui seorang kaunselor psikologi semasa berumur 23 tahun.

"Saya kemudian mengetahui bahawa saya mendapat mimpi itu kerana saya merupakan penjelmaan semula Nefertiti," jelasnya.

Nileen berkata, dia memutuskan untuk mengubah wajahnya supaya kelihatan mirip Nefertiti selepas imej permaisuri itu kerap muncul dalam mimpinya.

Dia telah menjalani 51 pembedahan plastik bagi membolehkan wajahnya kelihatan mirip Nefertiti.

"Tiada sesiapa yang percaya saya berusia hampir 50 tahun dan mempunyai tiga orang anak kerana bentuk badan dan muka saya kelihatan seperti wanita yang berusia 25 tahun," ujarnya. - Agensi

Kosmo!

23 Ogos 2009


0 comments: