INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ukiran purba mirip wajah Jacko

Thursday, August 6, 2009

 


GAMBAR menunjukkan ukiran wajah wanita Mesir mirip Jacko (gambar kecil).

CHICAGO - Sebuah patung ukiran batu wanita Mesir berusia lebih 3,000 tahun yang diukir ketika zaman Firaun mempunyai wajah mirip penyanyi Michael Jackson, lapor sebuah akhbar semalam.

Patung itu dipercayai wujud pada era Firaun Ramses dan Tutankhamun yang memerintah antara tahun 1550 dan 1050 Sebelum Masihi.

Seorang jurucakap muzium itu berkata: "Saya tiada idea sama ada Michael pernah datang ke muzium ini tetapi persamaan wajah antara ukiran itu dengan penyanyi tersebut cukup luar biasa."

Ukiran itu mula dipamerkan di Muzium Field di sini pada 1988.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah sewanya di Los Angeles selepas jantungnya berhenti berdegup. - Agensi

Kosmo!

07 Ogos 2009

0 comments: