INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Penduduk rakam UFO di Australia

Tuesday, August 11, 2009

 

GAMBAR menunjukkan objek terbang tidak dikenali yang dirakamkan oleh Ferguson.

DARWIN - Seorang penduduk tempatan di Northern Territory, Australia mendakwa berjaya mengesan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) yang sedang bergerak di angkasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Alan Ferguson turut merakamkan imej itu sebagai bukti dalam laman web UFO yang dikendalikannya.

Objek itu didakwa terbang di atas rumahnya di Acacia Hills, selatan Darwin dua minggu lalu.

Rakaman video Ferguson itu bermula dengan menunjukkan langit biru di Northern Territory.

Tiba-tiba satu objek hitam muncul di bahagian kiri skrin.

"Apakah benda itu. Benda itu berwarna hitam dan panjang sebelum ia hilang," katanya.

Dia berharap Northern Territoy akan menjadi popular dengan kewujudan UFO itu. - Agensi

Kosmo!

12 Ogos 2009

0 comments: