INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Misteri kehilangan kapal milik Rusia

Thursday, August 13, 2009

 

GAMBAR bertarikh 29 Disember tahun lalu menunjukkan gambar kapal Arctic Sea di Kotka, selatan Finland.

LONDON - Kehilangan mengejut kapal Arctic Sea milik Rusia ketika belayar melalui Selat Inggeris lebih dua minggu lalu mencetuskan pelbagai teori berhubung kehilangannya itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Setakat ini, masih tiada berita berhubung 15 krew yang menaiki kapal seberat 3,988 tan itu selepas ia membuat satu panggilan rutin kepada pasukan pengawal pantai Dover, England 16 hari lalu sebelum hilang dari radar.

Selasa lepas, Presiden Rusia Dimitry Medvedev mengarahkan lima buah kapal perang Rusia menyertai operasi mencari Arctic Sea di perairan barat Afrika.

Ketika hilang, kapal kargo itu membawa muatan kayu bernilai kira-kira AS$1.8 juta (RM6.4 juta) selain sebuah kargo misteri.

Satu teori menyatakan kapal itu dirampas oleh kumpulan lanun dan ditahan untuk tujuan mendapatkan wang tebusan.

Beberapa pakar maritim menyatakan Arctic Sea digunakan oleh kumpulan samseng Rusia untuk menyeludup senjata ke Afrika.

Mereka berkata, kapal tersebut disembunyikan di sebuah pelabuhan di Afrika Barat untuk dicat semula dan diberi nama baru sebelum dijual kepada kumpulan lanun.

Lanun-lanun itu kemudian menjadikan Arctic Sea sebuah 'kapal hantu' bagi menyerang kapal-kapal lain seperti yang kerap berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1990-an.

Pakar-pakar maritim turut menolak kemungkinan Artic Sea karam kerana kayu-kayu yang dibawa oleh kapal itu akan timbul di permukaan laut sekiranya ia berlaku. - Agensi

Kosmo!

14 Ogos 2009

0 comments: