INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Imej raksasa legenda di Google?

Wednesday, August 26, 2009

 

GAMBAR menunjukkan imej raksasa yang didakwa Loch Ness (dalam bulatan) di Google Earth.

GAMBARAN artis raksasa Loch Ness.

NOTTINGHAM - Seorang pengawal keselamatan, Jason Cooke, 25, dari sini mendakwa menemui imej raksasa legenda mirip Loch Ness menerusi enjin carian Google Earth di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Raksasa Loch Ness merupakan haiwan purba air yang tinggal di sebuah tasik di Scotland.

Imej itu boleh dilihat menerusi Google Earth pada latitud 57°12'52.13 Utara dan longitud 4°34'14.16" Barat.

Cooke berkata: "Saya seolah-olah tidak percaya (apa yang dilihatnya). Ia menyerupai Nessie."

Perkataan Nessie merujuk panggilan popular makhluk itu yang diambil daripada nama tempat ia ditemui iaitu di Tasik Loch Ness di Scotland.

Peminat Nessie percaya makhluk itu ialah dinosaur plesiosaur, iaitu reptilia akuatik.

Nessie mendapat perhatian pengkaji apabila pakar bedah ternama British, Kolonel Robert Wilson mendakwa merakamkan gambar haiwan itu berenang di Loch Ness pada 1934.- Agensi

Kosmo!

26 Ogos 2009


0 comments: