INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ada cara mengubati pemakai susuk

Sunday, August 23, 2009

 

KUALA LUMPUR: Sesiapa yang pernah melakukan dosa, termasuk memakai susuk yang berkaitan rapat dengan ilmu sihir, perlu bertaubat selepas menyedari kesilapan lampau kerana Allah SWT sentiasa memberi pengampunan kepada hamba-Nya.

Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ dan juga penceramah bebas, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata masih ada cara untuk mengubati pemakai susuk, terutama cara menghadapi sihir itu, kerana ia berkaitan dengan iblis dan jin.

Menurutnya, paling penting ialah pemakainya kena menyesal terhadap perbuatan lampaunya dan segera mendapatkan pengampunan Tuhan serta tidak melakukan perbuatan itu lagi.

“Semoga taubat itu diterima Allah SWT dan perlu berusaha menghindarkan diri daripada terus mengamalkan kepercayaan karut itu,” katanya.

Mohd Fauzi berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan dua wanita yang menyesal selepas memakai susuk semata-mata untuk kelihatan cantik dan menawan hati suami bagi menutup kesalahan lampau.

Sementara itu, pengamal Perubatan Pusat Rawatan Zawil Hayat atau dikenali sebagai Bomoh Artis, Awang Mohamed Yahya, berkata memang ada caranya untuk mengeluarkan susuk daripada badan pemakai tetapi biasanya mengikut kaedah diamalkan pengamal perubatan, terutama yang memasukkan susuk itu sendiri.

Menurutnya, dia menggunakan kaedah memandikan pesakit yang ingin mengeluarkan susuk dengan disertakan jampi serapah untuk membantu.

“Berkaitan masalah memakai susuk di kemaluan, tidak semestinya ia perlu melakukan kaedah sama seperti waktu memasukkan susuk.

“Bagi saya, ia salah kerana ada cara untuk mengeluarkannya, malah kebanyakan bomoh susuk pasti akan memberi petua kepada si pemakainya mengenai cara membuangnya sendiri.

“Jika bomoh yang masukkan susuk itu tidak memberi petua, bagi saya bomoh itu tidak habis belajar dan tidak layak menjadi pengamal perubatan tradisional. Dia tentu mempunyai tujuan tidak baik,” katanya yang bersedia membantu pemakai susuk yang berhasrat mengeluarkannya dari tubuh mereka.

Harian Metro

23 Ogos 2009

0 comments: