INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tulang manusia 40,000 tahun ditemui

Sunday, July 26, 2009

 

BERLIN: Sebuah bot nelayan yang berusaha mencari kupang di luar pantai Belanda sebaliknya menemui tulang manusia berusia 40,000 tahun.

Perkara itu disahkan oleh saintis Jerman selepas menjalankan kajian terhadap penemuan itu.

Pakar antropologi dari Universiti Leipzig di timur Jerman mengesahkan tulang dahi itu berusia sekurang-kurangnya 40,000 tahun, sekali gus menjadikannya rangka manusia paling tua pernah ditemui di dalam laut, menurut edisi terbaru majalah GEO.

Nelayan berkenaan juga menemui peralatan kerja manusia gua itu, terdiri daripada kapak batu dan batu api.

Walaupun tulang itu ditemui di laut, bagaimanapun, lelaki itu dipercayai hidup di darat dan bergantung hidup dengan makan daging.

Ketika dia hidup, Belanda dan Britain adalah sebuah tanah besar. - AFP

Harian Metro

27 Julai 2009

0 comments: