INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Lelaki kanibal tak lagi makan daging

Monday, July 20, 2009

 

PURBALINGGA - Lelaki kanibal Indonesia, Sumanto mendedahkan dia amat menggemari daging dan pernah menggali kubur seorang wanita bagi mendapatkan bekalan daging murah dan sedap.

"Saya makan semua jenis daging selagi ia dimasak. Saya tidak lagi memakan daging manusia. Kini saya menggemari sayur seperti bayam," katanya.

Sumanto yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai petani dipenjara lima tahun kerana mencuri mayat tetapi dia dibebaskan tanpa perlu menjalani rawatan mental selepas selesai menjalani hukuman.

Bekas pengerusi Persatuan Perubatan Indonesia, Kartono Mohammad menyatakan kerajaan Indonesia tidak menyediakan hospital mental atau institusi seumpamanya bagi merawat mereka yang mengalami masalah psikologi teruk.

Selepas dipulau oleh jiran-jirannya, Sumanto dibawa ke sebuah pusat pemulihan akhlak di sini bagi mendapatkan bimbingan dan rawatan.

"Penduduk setempat memulaukan Sumanto. Mereka memanggilnya 'Si Kanibal' dan takutkannya," kata pengarah pusat pemulihan itu, Supono Mustajab.

"Kini dia semakin pulih dan tidak lagi kecanduan daging. Saya mengeluarkan wang sendiri bagi membantu golongan seperti Sumanto. Mereka manusia seperti kita," jelasnya.

Kosmo!

21 Julai 2009

0 comments: