INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ikan gigit manusia ditangkap

Wednesday, July 15, 2009

 

Seorang lelaki memegang ikan yang menggigit manusia di Tasik Lac Majeur.








DUA lelaki melihat ikan yang menggigit manusia ditangkap di Tasik Lac Majeur pada Ahad lalu.






Menurut seorang pegawai perikanan, Fabio Croci, panjang ikan itu ialah 70 sentimeter manakala beratnya lapan kilogram.

Ikan tersebut ditangkap pada Ahad lalu selepas enam orang digigit oleh haiwan itu.

Dia berkata, dua perenang dirawat di sebuah hospital selepas mereka mengalami luka sepanjang 10 sentimeter kerana diserang oleh ikan itu.

Penyelam-penyelam polis cuba menangkap ikan itu dengan menggunakan jaring tetapi gagal menyebabkan mereka menggunakan senjata seperti lembing bagi membunuhnya.

Ikan itu kemudian menjadi hidangan untuk pelancong.

"Adalah sesuatu yang luar biasa ikan sander lucioperca menggigit manusia," kata Croci.

Dia menyatakan, ketidakseimbangan hormon mungkin menyebabkan ikan itu menyerang manusia. - AFP

Kosmo!

15 Julai 2009


0 comments: