INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kanak-kanak 6 tahun jinakkan ular

Tuesday, June 16, 2009

 

BEBERAPA kanak-kanak suku kaum Vadi belajar cara menjinakkan ular tedung.

BAE belajar menjinakkan seekor ular tedung.

NEW DELHI – Suku kaum Vadi di India mengajar anak-anak mereka menjadi penjinak ular tedung sebagai warisan turun temurun, lapor sebuah akhbar semalam.

Suku kaum itu yang menetap di negeri Gujerat, selatan India mewajibkan kanak-kanak lelaki mempelajari tentang haiwan berbisa itu selama 10 tahun sebelum boleh menjadi seorang penjinak ular sepenuh masa.

Budak lelaki akan meneruskan tradisi kaum Vadi menjinak ular dengan menggunakan seruling manakala kanak-kanak perempuan pula diajar tentang kaedah menjaga haiwan itu semasa saudara lelaki atau suami mereka tiada.

Seorang gadis kaum Vadi yang berusia enam tahun, Rekha Bae diajar mengenai cara bermain dengan ular tedung ketika dia baru berusia dua tahun.

“Seawal usia tersebut, kanak-kanak kaum Vadi sudah diajar cara turun temurun untuk menjinak ular sehingga mereka bersedia memainkan peranan dalam masyarakat kami,” kata ketua penjinak ular, Babanath Mithunath Madari, 60.

Menurutnya, ular-ular tersebut terutamanya spesies tedung akan dipelihara selama tujuh bulan sebelum dibebaskan ke habitat asal mereka.

“Kami dianggap tidak menghormati ular tersebut jika menyimpannya lebih lama. Haiwan itu diberi makan herba khas untuk membuang bisanya,” ujar Babanath. – Agensi

Kosmo!

12 Jun 2009



0 comments: