INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Jadi pelukis hebat selepas bedah otak

Monday, June 1, 2009

 

SEBAHAGIAN lukisan Alan Brown yang dipamerkan di galerinya di London baru-baru ini.

LONDON - Penyakit angin ahmar dan pembedahan otak boleh membawa maut namun bagi Alan Brown (gambar), dia menjadi artis dalam sekelip mata setelah dibedah pada 2003, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebaik sedar daripada pembedahan selama 16 jam, Brown, 49, menyedari dirinya ialah 'jelmaan Michelangelo' yang mampu melukis dan mewarna dengan terperinci.

Lelaki dari Malvern, Worcestershire berkenaan percaya pembedahan menyebabkan bahagian kreatif otaknya terserlah.

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, sebelum pembedahaan tersebut, dia hanya mampu melukis 'orang lidi.'

"Ketika berada di unit rawatan rapi (ICU), seorang jururawat memberi saranan agar saya melukis untuk menghilangkan rasa bosan," kata Brown.

Jururawat itu kemudian memberi sebatang pensil, kertas dan sekeping foto sebelum menyuruh saya menirunya.

"Dia kemudian memandang dan bertanya adakah saya seorang pelukis. Saya kemudian menyatakan tidak. Saya tidak menoleh ke belakang selepas itu," kata Brown. - Agensi

Kosmo!

2 Jun 2009


0 comments: