INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

UFO terbang rendah di kawasan perumahan

Sunday, May 17, 2009

 

GAMBAR menunjukkan objek terbang yang tidak dikenali (dalam bulatan) terbang rendah di sebuah kawasan perumahan di Bristol, Britain.

BRISTOL - Seorang pekerja, Andy Hadlington ketakutan selepas dia merakam sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di ruang angkasa di sini menerusi kamera video, lapor sebuah akhbar semalam.

Hadlington menyaksikan objek misteri berbentuk tiga segi itu terbang tanpa mengeluarkan sebarang bunyi di kawasan perumahan penduduk pada petang Ahad lalu.

Pakar-pakar UFO kini berusaha mengesahkan identiti objek itu dan meminta orang ramai tampil memberikan cerita versi mereka.

Hadlington berkata: "Ia merupakan perkara paling pelik yang tidak pernah saya lihat. Ketika itu, saya sedang berada di pejabat dan kemudian terpandang objek tersebut.

"Kejadian itu sangat menarik kerana objek itu terapung-apung rendah di atas bumbung rumah tanpa mengeluarkan bunyi."

Seorang anggota Biro Piring Terbang Britain, Denis Plunkett enggan memberi komen berhubung rakaman video itu tetapi menyatakan terdapat beberapa cara untuk mengesahkan rakaman tersebut. - Agensi

Kosmo!

16 Mei 2009

0 comments: