INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Sumpahan filem Poltergeist

Thursday, May 7, 2009

 

Poltergeist merupakan sebuah filem seram terbitan tahun 1982 yang diarahkan oleh Tobe Hooper dan diterbitkan oleh Steven Spielberg. Filem ini juga ditulis oleh Steven Spielberg dan ada khabar angin mengatakan bahawa Tobe Hooper tidak menyudahkan kerja-kerja pengarahan filem ini, sebaliknya diganti oleh Steven Spielberg.

Filem ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap sebagai antara filem seram klasik selain filem The Omen, Exorcist, Rosemary's Baby dan The Shining.

Atas kepopularan filem ini juga maka beberapa kisah misteri tentang filem ini telah disebarkan. Kononnya filem ini telah disumpah kerana tapak penggambaran filem ini dikatakan telah dibuat di atas tapak pengebumian kaum Red Indian di Amerika Syarikat.

Lebih menguatkan lagi fakta mengatakan bahawa filem ini telah disumpah apabila empat kematian para pelakon yang membintangi filem ini berlaku dalam tempoh enam tahun. Dua orang daripada mereka mati dalam usia yang muda iaitu usia 12 tahun dan 22 tahun

Dominique Dunne, pelakon berusia 22 tahun mati dijerut oleh teman lelakinya pada tahun 1982. Teman lelakinya, John Thomas Sweeney telah dihukum penjara selama enam tahun bagaimanapun dibebaskan setelah menjalani hukuman selama tiga setengah tahun. Di dalam filem Poltergeist, Dunne memegang watak sebagai Diana.

Heather O'Rourke yang memegang watak utama sebagai Carol Anne dalam ketiga-tiga filem Poltergeist, meninggal dunia pada tahun 1988 ketika berusia 12 tahun. Pada mulanya para doktor mendiagnosiskan beliau menghidap selsema bagaimanapun bertukar menjadi kejutan septik selepas darahnya dijangkiti bakteria. Heather O'Rourke kemudian disahkan mati kerana menderita penyakit Crohn.

Manakala dua orang pelakon lagi membintangi sekuel filem ini iaitu Poltergeist II: The Other Side. Mereka ialah Julian Beck, berusia 60 tahun dan meninggal dunia kerana kanser usus dan Will Sampson yang memegang watak sebagai pawang Indian meninggal selepas menderita sakit buah pinggang pada tahun 1987.

Lagi peristiwa pelik yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan sumpahan ialah sewaktu penulis James Kahn mengadaptasi skrip filem ini kepada novel. Ketika dia menulis ayat "Lightning ripped open the sky", secara tiba-tiba petir menyambar bangunan tempatnya menginap dan permainan video yang terletak di ruang istirehat terpasang dengan sendirinya.

Sumber: Wikipedia

0 comments: