INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Penjenayah belah perut

Sunday, May 24, 2009

 

Oleh Ahmad Saufi Mansor

JASIN: “Penjenayah terbabit mungkin mengamalkan ilmu hitam apabila sengaja membelah perutnya sepanjang sejengkal sambil menunjukkan isi perut sebelum pulih semula sebaik digosok menyebabkan saya tak berani bertindak kerana bimbangkan nyawa keluarga.

“Saya fikir kalau sudah ajal memang tak boleh nak kata apa. Disebabkan terlalu bimbang memikirkan keselamatan isteri dan anak, saya buat helah membawa dia (penjenayah) keluar dari rumah,” kata Saffuat Ahmad, 30, menceritakan pengalaman menjadi tawanan selama 13 jam bersama isteri, Radiah Abdul Malek, 29, dan tiga anak oleh seorang lelaki bersenjatakan selaras senapang patah dan parangnya yang diambil dari dapur.

Lebih membimbangkan apabila penjenayah warga Indonesia itu mengancam mahu menjadikan anak perempuan yang berusia lima tahun sebagai tebusan untuk melarikan diri.

“Saya kemudian menawarkan diri dijdikan tebusan kerana bimbang kejadian tidak diingini,” katanya.

Cukup mencemaskan apabila penjenayah Indonesia terbabit yang bertindak seorang diri kerap mengacu muncung senapang patah ke kepala dan perut Saffuat yang diikat tangan dan kakinya.

Parang pula diletak di lehernya sambil berulang kali lelaki itu menyebut “Bunuh!...Bunuh!...”

Menurut Saffuat, lelaki terbabit yang memecah masuk rumahnya di kawasan ladang sawit Kampung Jambatan Lantai, Air Baruk, dekat sini, menerusi bilik air mengugut membawa anaknya, Norshazwa Hanis, 5, sebagai tebusan.

Ketika itu, hatinya tidak sedap lalu berunding dengan penjenayah berkenaan sambil menawarkan diri dengan memberi alasan Norshazwa akan menangis jika dibawa orang tidak dikenali hingga menarik perhatian.

“Penjenayah itu termakan alasan saya lalu mengikat tangan dan kaki saya sebelum membawa saya keluar dari pintu depan rumah menuju ke kawasan hutan berhampiran.

“Sepanjang berjalan, dia bersikap agresif dengan memeluk erat saya sambil meletakkan parang di leher sebaik menyedari kehadiran anggota polis sambil mengacu senapang dipegangnya.

“Tetapi, sebaik sampai di kawasan yang mempunyai parit, penjenayah itu melepaskan tembakan ke arah polis. Saya kemudian menjatuhkan badan sebelum mendengar beberapa das tembakan dilepaskan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Bemban, dekat sini, semalam.

Metro Ahad semalam melaporkan seorang penjenayah ganas warga Indonesia bersenjatakan selaras senapang patah dan parang ditembak mati selepas menculik satu keluarga lima beranak.

Harian Metro

25 Mei 2009

0 comments: