INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Misteri 18 kanak-kanak cacat

Tuesday, May 26, 2009

 

SERAMAI 18 kanak-kanak di bandar Corby mengalami kecacatan di bahagian tangan dan kaki.

CORBY - Adakah 18 kanak-kanak di bandar Corby, Britain menjadi mangsa skandal pencemaran alam?.

Akhbar Guardian di negara itu membongkar kejadian yang menimpa kanak-kanak itu yang masih dalam kandungan antara 1985 dan 1999.

Sebanyak 12 ibu yang mengandungkan kanak-kanak itu tinggal tidak jauh daripada sebuah kawasan yang tercemar manakala empat lagi menetap di luar daerah.

Empat ibu lain tinggal berhampiran bandar kecil itu tetapi kerap melawat Corby ketika mengandung.

Kanak-kanak itu mengalami kecacatan di bahagian tangan dan kaki.

Selepas satu dekad bergelut dengan proses perundangan, 18 keluarga yang terjejas itu mungkin mempengaruhi sebuah mahkamah tinggi untuk membuat penghakiman bersejarah berhubung alam sekitar.

Sebanyak 18 kanak-kanak itu mendakwa sejenis toksin yang digunakan dalam kerja penebusgunaan di tanah yang tercemar dengan rangka keluli menyebabkan janin mereka terjejas sekali gus mengakibatkan kecacatan. - Agensi

Kosmo!

27 Mei 2009


0 comments: